Sapa Lagi Nak Menjana Wang Pantas Melalui Internet Dalam 7hari Tanpa Bekerja Keras?

Terbongkar: Rahsia Mengumpul 56,126 Pelangan Email & Menjana Lebih Dari RM2,000,000 Secara Online

Terbongkar: Rahsia Mengumpul 56,126 Pelangan Email & Menjana Lebih Dari RM2,000,000 Secara Online

Saturday, November 30, 2013



Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik bisnes pula semakin kretif dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi terkini. Menyebarkan maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.

Kelahiran Internet atau WWW (World Wide Web) telah mewujudkan satu alat yang paling berguna dan inovatif untuk mana-mana jenis perniagaan. Ianya menyediakan jalan komunikasi yang lebih mudah di antara para pengguna Internet dari seluruh dunia. Selain itu, Internet juga membuka jalan untuk perkongsian maklumat, idea, konsep dan apa-apa sahaja di antara para pengguna Internet, tidak kira dari mana asal mereka atau di mana mereka berada.

Salah satu cara untuk berkomunikasi di Internet adalah melalui emel. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.

Dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran - mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik bisnes merangkap penghantar emel promosi.

Bagaimanapun, kebanyakan orang (yang menerima emel promosi) merujuk pemasaran emel itu sebagai SPAM. Perkataan SPAM telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada emel-emel yang tidak dijemput atau dikehendaki oleh si penerima. Untuk pemasaran emel pukal, SPAM merujuk kepada emel sampah.

Emel-emel komersial mempunyai manfaat tertentu kepada penghantar dan penerimanya. Bagaimanapun, banyak syarikat atau penghantar emel yang menyalahgunakannya. Boleh dikatakan semua emel komersial sekarang ini dilabelkan sebagai spam walaupun ianya mengandungi maklumat yang sah dan berguna.

Inilah sebabnya kenapa pemasaran emel pukal boleh membahayakan bisnes anda. Satu sahaja emel dari anda dianggap spam maka semua alamat emel perniagaan anda akan disekat oleh penyedia perkhidmatan emel seperti Yahoo!, AOL dan MSN. Lebih teruk lagi, laman web anda ada kemungkinan akan disekat oleh enjin carian atau dibuang terus oleh penyedia web hosting anda.

Majoriti ISP, host-host dan enjin carian begitu memusuhi emel-emel spam. Para penyepam yang dianggap penyepam telah menyebabkan para pengguna mereka berada dalam kesusahan dan merugikan bandwidth mereka. Itulah sebabnya kenapa mereka begitu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki penyepam.

Berdasarkan maklumat ini, maka ada baiknya anda berfikir dua kali sebelum menghantar emel secara pukal kepada orang ramai. Mungkin anda boleh membeli senarai emel dari pihak-pihak tertentu yang menjanjikan kepada anda pulangan yang lumayan hasil dari menghantar emel promosi kepada list tersebut. Tetapi fikirkannya sekali lagi. Mungkin pihak-pihak tertentu ini mempunyai niat untuk mengebas wang anda? Siapa tahu.

Lebih baik anda cari jalan lain untuk mempromosikan produk atau servis anda. Anda boleh melakukannya berdasarkan konsep pemasaran emel pukal tetapi ada perbezaannya. Anda hanya menghantar emel-emel komersial anda kepada mereka yang sudah bergelar pelanggan anda.

Anda boleh hasilkan emel follow-up, kemudian masukkan maklumat atau promosi tentang produk anda yang lain yang mana mereka mungkin mempunyai minat terhadapnya. Setelah itu anda boleh meminta mereka mendapatkan referral yang juga berminat terhadap produk anda tersebut. Dengan ini promosi anda akan lebih selamat dan sah. Jika ada di antara mereka yang menuduh anda melakukan spam, anda boleh membuktikan mereka salah dengan menunjukkan bukti-bukti yang anda dan mereka mempunyai hubungan sebagai peniaga dan pelanggan. Bukti-bukti tersebut boleh jadi dalam bentuk resit pembelian atau emel dari mereka.

Jika anda baru memulakan bisnes dan belum mempunyai database pelanggan, anda boleh gunakan cara selain dari menghantar emel pukal untuk mengiklankan bisnes anda itu. Jika tidak anda ada kemungkinan kehilangan bisnes yang baru sahaja ingin dijalankan.

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk atau servis anda di Internet. Anda perlu kretif dan imaginatif. Pemasaran dan pengiklanan adalah antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Pastikan anda menonjolkan bisnes anda dengan profesional, sekali sahaja anda dianggap melakukan spam, maka masa depan bisnes anda akan gelap selamanya.

Thursday, November 21, 2013

Teknik Pemasaran Emel Yang Power



Pemasaran Emel

Internet telah menyediakan kepada kita jalan pemasaran kos rendah. Ia telah memberikan alat-alat maya yang boleh memberikan keputusan yang boleh dibandingkan dengan keputusan hasil dari penggunaan teknik pemasaran popular yang lain.

Mail elektronik atau 'email' adalah satu daripada tool pemasaran yang digunakan secara meluas di Internet. Ada yang menggunakan program-program affiliate, link-link, produk percuma dan lain-lain gimik untuk pemasaran di Internet, tetapi kebanyakan pemilik bisnes menggunakan pemasaran emel.

Emel menyediakan spektrum baru kepada pemilik bisnes dalam menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Jutaan pengguna Internet menggunakan emel untuk menerima maklumat dengan cepat. Walaupun begitu, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati apabila menggunakan pemasaran emel sebagai strategi untuk mempromosikan produk atau servisnya.

Artikel ini cuba untuk menjelaskan selok-belok dalam dunia pemasaran emel selain dari menyediakan tips dan cadangan tentang bagaimana untuk menggunakan pemasaran emel dengan betul.

Katakanlah, ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet. Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu. Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik. Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu. Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik pemasaran emel dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.

Di bawah ini disediakan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan:

- Menyertai e-group

Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang memfokuskan kepada pasaran-pasaran tertentu. Berjuta-juta senarai emel dan e-group telah sedia ada dan boleh digunakan oleh pemilik bisnes untuk menumpukan usaha kepada pasaran yang menjadi sasarannya.

Bagaimanapun, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan dalam pemasaran emel yang boleh merosakkan reputasi bisnes dan produknya di mata para prospek.

Dia boleh menyertai e-group yang wujud itu dan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan 'feel' umum tentang apa yang berlaku di dalamnya. Ini bolehlah diistilahkan sebagai pencerobohan pasaran. Pemilik bisnes tersebut boleh membuat komen ringkas berkaitan sesuatu topik untuk membina kredibiliti di mata para ahli e-group tersebut.

- Penulisan yang menarik

Menggunakan metod pemasaran emel membolehkan seseorang pemilik bisnes itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang produk atau servisnya dalam usaha mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan produknya itu. Ketika memasukkan iklan ke dalam emelnya, pemilik bisnes itu perlulah menjadikannya mudah untuk dibaca dan difahami oleh prospek.

Bahagian pertama emel itu hendaklah mampu menangkap perhatian pembaca. Baris pertama dalam kandungan emel tersebut mestilah mempunyai pembayang tentang apakah yang ingin disampaikan oleh penghantar melalui emel tersebut.

Maklumat yang cukup tentang produk itu hendaklah disertakan sekali dalam emel tersebut. Kandungan emel itu seboleh-bolehnya sudah pun mengandungi jawapan-jawapan untuk soalan umum dari para pembaca. Kemudian para pembaca hendaklah digesa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya setelah membaca emel tersebut. Kandungan emel itu hendaklah ditulis dengan begitu baik dan teliti sehingga dapat mempengaruhi pembaca segera mengunjungi laman web penghantar emel itu dan membuat pesanan produk berkaitan.

- SPAM

Peraturan paling asas dalam pemasaran emel; jangan sesekali melakukan spam! Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk emel-emel yang tidak diundang. Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang emel-emel lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima. Bagi mereka yang pernah menerima emel-emel spam tahu bahawa emel sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan emel spam. Emel spam memakan ruang emel yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.

Ini semua hanyalah asas dalam pemasaran emel. Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui pemasaran emel, jangan sesekali mendekati perbuatan spam. Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya. Kesimpulannya, pemasaran emel merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya.

Friday, November 15, 2013



Tingkatkan Taraf Strategi Pemasaran Emel Anda

Pemasaran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.

Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.

Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif. Di bawah ini adalah beberapa tip-tip ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-

1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang

Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu 'detail' dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat 'call to action' dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam 'meminta' pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan.

2. Kreativiti adalah Kunci Keberkesanan Pemasaran Emel

Ringkas tidak bermakna anda tidak perlu kretif. Kretiviti merupakan salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pelanggan. Jika anda mempunyai baris tajuk yang ringkas tetapi kretif, pembaca tetap akan berminat untuk membuka emel anda tersebut. Kandungan emel itu juga mestilah menarik. Rekabentuk yang unik walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh menjadi daya penarik tambahan.

3. Fahami Pasaran Anda

Seperti juga pasaran-pasaran yang lain, anda sepatutnya boleh mengagak demografik para pelanggan anda. Ketahui siapa mereka dan apakah kesukaan mereka. Pastikan anda boleh mengatasi pesaing-pesaing anda. Jika anda masih agak baru dalam dunia perniagaan ini, adalah lebih baik anda membuat kajian ke atas harga dan gaya promosi para pesaing anda itu. Hasilkan pakej atau harga yang lebih baik dari mereka. Ini sudah tentu akan memberikan anda kelebihan dalam persaingan tersebut.

4. Memaksimumkan Kepenggunaan Teknologi Baru

Pelajari alat-alat promosi baru yang berguna. Salah satu daripadanya ialah autresponder atau 'mailbot'. Buat sedikit kajian tentang perkara-perkara ini di Internet. Antara perkara-perkara berguna yang boleh dilakukan oleh autoresponder ialah menghasilkan follow-up, pengesahan tempahan yang dibuat dan 'personalize' setiap mesej yang dihantar. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda bahkan dapat membekalkan para pelanggan anda dengan maklumat terkini dari anda. Selain dari autoresponder, belajarlah juga bagaimana untuk menggunakan alat-alat programming atau program grafik yang boleh dimanfaatkan dalam merekabentuk emel anda.

5. Bina Nama Anda

Salah satu cara terbaik untuk melonjakkan bisnes anda ialah membina nama di persada perniagaan online. Luangkan masa untuk membuat kajian berkenaan dengan bisnes. Jika ada majalah perniagaan internet yang menyiarkan tentang bisnes anda maka itupun sudah cukup untuk menjadikannya terkenal. Jangan sekali-kali terlibat dengan strategi bisnes murahan yang hanya akan merugikan anda seperti SPAM dan sebagainya. Ini hanya akan mencacatkan bisnes anda kerana semua orang tahu; nama yang buruk hanya menyediakan perkhidmatan yang teruk.

6. Jadikan Diri Anda Profesional

Alamat emel anda boleh menjadi penarik kepada bisnes anda. Tampilkan keprofesionalan anda dalam emel, termasuklah tajuk dan 'header' emel tersebut. Kedua-dua perkara ini walaupun kecil tetapi mempunyai impak yang besar di mata pelanggan. Dengan penampilan yang profesional anda akan menjadikan promosi anda lebih berkesan.

7. Membuat Penilaian

Sentiasalah menilai strategi anda, bermula dari penyediaan kandungan emel itu sendiri sehinggalah peralatan (tools) yang anda gunakan untuk penyediaannya. Kajilah apakah kelebihan dan kekurangannya. Untuk projek anda yang seterusnya, gunakanlah keputusan penilaian tersebut untuk hasil yang lebih baik. Ini semua adalah untuk memajukan lagi strategi pemasaran emel anda.

Semua di atas adalah beberapa tips dan cadangan mudah yang boleh anda gunakan dengan segera untuk melonjakkan lagi prestasi bisnes anda. Samada anda masih baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan ini, semua cadangan-cadangan di atas adalah mudah untuk diingati dan dipraktikkan. Apa yang anda tunggu lagi? Ambillah tindakan sekarang juga! jangan tunggu lagi subscribe sekarang kami akan berkongsi lagi tip-tip yang sangat menarik tentang rahsia email kepada anda....

Thursday, November 14, 2013



Mengikut Kajian Trend Pemasaran 2012 yang dijalankan oleh Zoomerang ke atas 939 orang pengendali perniagaan telah mendedahkan bahawa trend perniagaan yang menjadi keutamaan mereka adalah dalam bidang pemasaran email dan pemasaran media sosial (seperti pemasaran facebook dan twitter).



Pemasaran Email menduduki tangga pertama di mana 60% daripada pengendali perniagaan mensasarkan untuk menaikkan perbelanjaan dalam bidang ini. Di tempat kedua pula adalah Pemasaran Media Sosial di mana 55% pengendali perniagaan mensasarkan untuk berbelanja lebih dalam bidang ini.
Ini bermaksud, pengendali perniagaan melihat 2 bidang ini adalah bidang yang penting bagi pemasaran untuk tahun 2012. Dua bidang yang dimaksudkan adalah :
1. Pemasaran Email
2. Pemasaran Media Sosial (Facebook dan Twitter)
Saya akan huraikan sedikit sebanyak mengenai 2 jenis pemasaran ini
Pemasaran Email
Pemasaran email ini adalah satu jenis pemasaran langsung yang menggunakan email sebab alat utama untuk berhubung dengan pelanggan. Email mengenai perkembangan produk serta berita terkini dihantar kepada pelanggan untuk membina hubungan berterusan dengan pelanggan.

Mengikut carta di atas, pengendali perniagaan berminat untuk berbelanja paling tinggi dalam pemasaran email melalui kaedah berikut :
a. Media sosial (47%) – Ini bermaksud pengendali perniagaan melihat kepentingan membawa pelanggan daripada bilik email yang tertutup kepada ruang terbuka seperti media sosial.
b. Promosi (44%) - Email menjadi alat penting untuk melakukan promosi secara langsung. Contohnya seperti diskaun yang ditawarkan serta tawaran-tawaran terbaru.
c. Newsletter (39%) – Email sebagai alat komunikasi mengenai perkembangan produk.
d. Lifecycle Program (35%) – Email sebagai alat melakukan promosi berulang seperti sempena Hari Raya, Hari Jadi, Tahun Baru dan sebagainya.
Di sini kita dapat lihat pentingnya kita mengumpul dan menyimpan email dari pelanggan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan mereka.
Pemasaran Media Sosial
Pemasaran Media Sosial adalah pemasaran melalui laman sosial serta pengurusannya.

1. Program Pemasaran Facebook (39%) – Seperti yang dijangka, facebook menduduki tangga pertama keutamaan wang yang akan dibelanjakan dari aspek pemasaran pada tahun 2012. Ini menunjukkan facebook semakin berkembang sebagai sebuah platform media sosial yang penting dan menguntungkan bagi peniaga.
2. Pengurusan Teknologi Media Sosial (25%) – Apabila terdapat terlalu banyak laman media sosial seperti facebook, twitter, google+, forum dan sebagainya. Maka terdapat keperluan tinggi untuk peniaga menguruskan semua ini. Jadi di sini perlunya perkhidmatan seperti TrustYou untuk menguruskan perkembangan ini.
3. Kempen Pemasaran Viral dan Mulut ke Mulut (25%) – Memandangkan pelanggan lebih berminat dengan apa yang diminati oleh rakan dan keluarga mereka serta mereka suka untuk menyebarkan sesuatu dikalangan rakan mereka. Strategi pemasaran dengan mengunakan sesuatu yang menarik untuk tersebar dengan sendiri menjadi pilihan peniaga. Untuk kempen seperti ini, memerlukan kajian dan kreativiti yang tinggi.
4. Program Pemasaran Twitter (25%) – Twitter sebagai sebuah mikro-blogging telah berkembang pesat. Maka informasi boleh disampaikan dengan ringkas dan mudah oleh perniagaan kepada pelanggan. Maka program ini juga menjadi antara keutamaan pengendali perniagaan.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil